web widgets

Wednesday, April 16, 2014

SELAMAT DATANG

SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, saya dapat merakamkan cetusan idea di dalam LAMAN WEB rasmi sekolah tahun 2012 ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan hasrat dan amanat dalam ruangan ini.
Selaras dengan visi sekolah “ SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG ” adalah diharapkan agar warga SMK Datuk dapat menggembleng tenaga dalam usaha mencapai kegemilangan sekolah ini. Hal ini penting kerana sekolah berfungsi sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab dalam melahirkan insan yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Sesungguhnya sekolah yang unggul dapat melahirkan generasi terbilang yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang. Dalam usaha menggapai kejayaan yang cemerlang sudah pasti terlalu banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh warga SMK Datuk Menteri. Namun begitu, saya yakin dengan semangat yang kental serta keazaman yang tinggi segala cabaran dan rintangan dapat dihadapi dengan mudah dan pastinya kegemilangan itu akan berada dalam genggaman kita .

Harapan saya agar segala kejayaan cemerlang yang pernah kita capai pada tahun – tahun sebelum ini sama ada dalam bidang akademik mahu pun kokurikulum, akan menjadi suntikan semangat untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang seterusnya menjadikan SMK Datuk Menteri sebagai sebuah sekolah yang unggul . Saya juga amat berharap agar semangat kerja sepasukan dijadikan prinsip dan amalan dalam usaha menjana kecemerlangan, bak kata pepatah, “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Sesungguhnya kejayaan yang dicapai adalah milik kita bersama.

0 comments:

Post a Comment