web widgets

Wednesday, April 16, 2014

SELAMAT DATANG

SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, saya dapat merakamkan cetusan idea di dalam LAMAN WEB rasmi sekolah tahun 2012 ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan hasrat dan amanat dalam ruangan ini.
Selaras dengan visi sekolah “ SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG ” adalah diharapkan agar warga SMK Datuk dapat menggembleng tenaga dalam usaha mencapai kegemilangan sekolah ini. Hal ini penting kerana sekolah berfungsi sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab dalam melahirkan insan yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Sesungguhnya sekolah yang unggul dapat melahirkan generasi terbilang yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang. Dalam usaha menggapai kejayaan yang cemerlang sudah pasti terlalu banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh warga SMK Datuk Menteri. Namun begitu, saya yakin dengan semangat yang kental serta keazaman yang tinggi segala cabaran dan rintangan dapat dihadapi dengan mudah dan pastinya kegemilangan itu akan berada dalam genggaman kita .

Harapan saya agar segala kejayaan cemerlang yang pernah kita capai pada tahun – tahun sebelum ini sama ada dalam bidang akademik mahu pun kokurikulum, akan menjadi suntikan semangat untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang seterusnya menjadikan SMK Datuk Menteri sebagai sebuah sekolah yang unggul . Saya juga amat berharap agar semangat kerja sepasukan dijadikan prinsip dan amalan dalam usaha menjana kecemerlangan, bak kata pepatah, “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Sesungguhnya kejayaan yang dicapai adalah milik kita bersama.

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN NEGARA

11  ANJAKAN DALAM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN NEGARA
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan 
    keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. - UTUSAN

BELANJAWAN 2013
Pendidikan
  • RM38.7 juta Diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran bagi pengurusan dan pembangunan
  • RM500 juta Peruntukan tambahan bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras.
  • RM1 bilion Tambahan kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah
  • RM1.2 bilion Diperuntukkan bagi pendidikan prasekolah
  • RM380 juta Untuk Kementerian Pelajaran bagi penempatan guru prasekolah
  • RM10,000 Geran pelancaran kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta

Pelajar
  • RM2.6 bilion Diperuntukkan bagi program kebajikan pelajar sekolah
  • RM540 juta Untuk program bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar
  • Diskaun 20% Bagi peminjam yang menyelesaikan sekali gus pinjaman PTPTN
  • Diskaun 10% Peminjam yang membayar pinjaman secara konsisten
  • RM250 Meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia untuk pelajar IPT

Penjawat Awam
  • Satu setengah bulan Jumlah bonus bagi penjawat awam
  • RM500 Bayaran kepada pesara kerajaan
  • RM820 Pelarasan pencen pesara kerajaan dengan menaikkan pencen minimum daripada RM720